Friday 18 February 2011

Disember 2010

27 Disember 2010
FOTO-FOTO yang dirakamkan pada paparan kali ini diambil pada hari Ahad 27 Disember 2010 bersamaan 21 Muharam 1432 Hijrah.
Kerja-kerja menyediakan sebahagian faundation tapak tiang telah dibereskan...keadaan cuaca pada hari ini, cerah - tiada hujan rahmat turun, seperti kebanyakan hari-hari sebelum ini. Malah di negeri-negeri Pantai Timur Malaysia, telah dilaporkan mengalami air melempah..banjir





26 Disember 2010

FOTO yang dirakamkan pada paparan kali ini diambil pada hari Ahad 26 Disember 2010 bersamaan 20 Muharam 1432 Hijrah

Kelihatan semua kekotak acuan daripada papan pada pangkal tiang, telah ditanggalkan. Seterusnya menampakkan tiang-tiang berbentuk empat persegi yang bakal mendukung dirian musolla berdiri dengan kukuhnya nanti, InsyaAllah.

Hari ini, kerja utama yang dijalankan ialah menimbus kembali lubang-lubang tapak asas musolla dengan pecahan-pecahan konkrit, batu bata dan tanah. Yang ketara, timbunan batu bata, daripada runtuhan tembok di sempadan selatan sekolah digunakan.








24 Disember 2010

Gambar foto ini di snap pada tarikh 24 Disember 2010, bersamaan 18 Muharam 1432 Hijrah. Tapak asas tiang yang dibuat pada hari semalam, nampaknya telah kering dan padu. Diperhatikan kerja pembinaan ini dilaksanakan setiap hari.
Kerja bermula seawal pukul 8.00 pagi, setiap hari. Rehat pada pukul 10.30 pagi, dan rehat pada pukul 12.30 tgh. Kerja diteruskan sehingga pukul lima petang.

Kekotak acuan tiang musolla, bermula daripada bahagian tengah tapak asas telah mula dibuat. Batang-batang besi keluli yang menegak ke atas juga kelihatan dibuat.







22 Disember 2010
Foto ini diambil pada 22 Disember 2010 bersamaan 16 Muharam 1432 Hijrah


Ketara sekali setiap tiang disediakan tetapak daripada konkrit simen yang kukuh. Sementelahan binaan dua tingkat, wajarnya mempunyai sanggaan tetapak tiang yang kukuh. Ia terletak kira-kira 6 kaki dalam bumi, sememangnya tidak kelihatan apabila binaan siap digunapakai.

Kondisi tanah bukit yang walaupun nampak lembut, sesungguhnya adalah merupakan `site` yang baik berbanding dengan tanah kawasan lembah, berpaya atau berpasir.

Kerja- kerja penyimenan tetapak tiang nampaknya dapat dilakukan dengan cepat, kerana bantuan daripada forklift dan bancuhan simen siap guna dari kilang.

19 Disember 2010
Foto-foto ini diambil pada 19 Disember 2010/bersamaan 19 Muharam 1432 Hijrah

Kelihatan semua lubang-lubang tapak asas telah didindingkan dengan papan. Di keliling luar kekotak papan disangga pula dengan kayu-kayu beluti, untuk tujuan keteguhan, bagi menampung bacuhan simen yang berat

Tapak dasar kekotak diratakan dengan taburan simen dan pasir-pasir halus..untuk tujuan menahan bancuhan simen membina kekotak tapak asas tiang(footing), tidak bercampur dengan bendasing, khususnya tanah.





17 Disember 2010
Foto-foto ini dirakamkan pada 17 Disember 2010 berssamaan 11 Muharam 1432Hijrah. Semalam 10 Muharam - Hari Asyura...nampaknya pekerja bercuti, tiada nampak pekerja di tapak binaan.





13 Disember 2010
Foto ini diambil pada 13 Disember 2010 bersamaan 7 Muharam 1432 Hijrah






1 Disember 2010

Pada 24 Zulhijjah 1431, bersamaan I Disember 2010, kontraktor telah memulakan kerka-kerja di tapak binaan musolla, setelah garis-garis plan dibumikan dengan garis-garis kayu beluti direntangkan mengikut plan.

No comments:

Post a Comment