Friday 15 April 2011

MASMA 14 HARI LAGI !


MAJLIS AMAL SUMBANGSIH MUSOLLA
SEKOLAH SRI AL-AMIN BANGI
(MASMA)
30HB APRIL 2011
DEWAN GEMILANG, GERMAN MALAYSIAN INSTITUTE
8:30 PAGI – 1:00 PTG

==========================================
PENAMPILAN ISTIMEWA
USTAZ HASANUDDIN MOHD YUNUS (AQSA SYARIF)
MUADZ
SAFF ONE
PELAJAR SEKOLAH RENDAH & MENENGAH SRI AL-AMIN BANGI
==========================================

14 HARI LAGI.

DAPATKAN TIKET BERHARGA
RM 50.00/KERUSI
DI KAUNTER YURAN SEKOLAH
(03-8925 2454) ATAU
WAKIL-WAKIL YANG SAH.

Tawaran hebat kini bermula,
Untuk tabungan hari akhirat,
Cepat-cepat kita menderma,
Renung-renungkan "fastabiqul khairat" [2:148]
 
>>>Towards RM500k by April,30 ^_^
 
TABUNG MUSOLLA AL_AMIN BANGI
BANK MUAMALAT
1210-0000223-718

TARIKH TUTUP SUMBANGAN MELALUI IKLAN

 
UNTUK MAKLUMAN
SUMBANGAN MELALUI IKLAN
BUKU CENDERAMATA MASMA
AKAN BERAKHIR
PADA

17 APRIL 2011

HARAP MAKLUM
 
SEBARANG PERTANYAAN BOLEH EMELKAN KEPADA USTAZ FATHI, JK BUKU CENDERAHATI (fathezain@yahoo.com.my)

Friday 18 February 2011

7 Februari 2011

FoTO ini diambil bermula Hari Isnin 7 hb Februari 2011/4 hb Rabiul Awal 1423H. KERJA-KERJA MEMBUAT ACUAN BEAM DENGAN MENGGUNAKAN PAPAN. Papan-papan ini diguna semuala beberapa kali...strategi untuk jimat kos.

5-6 Februari 2011


Kerja-kerja pada 5/6 Februari 2011/ 2/3 Rabbiul Awal 1423H, Hari Sabtu dan Ahad.

1-2 Februari 2011



Kerja-kerja kerangka tingkat dua Musolla bermula sebelum sambutan tahun baru Arnab. Gambar ini diambil pada 1/2 Februari 2011. Hari Selasa dan Rabu bersamaan 27/28 Safar 1432H.
Kayu-kayu beluti untuk penyangga, papan-papan untuk buat acuan, rangka-rangka besi keluli untuk kerangka ikatan simen, mula kelihatan bersepahan.

28-29 Januari 2011

Gambar kali ini diambil pada 28/29 Januari 2011 - Hari Sabtu & Ahad, bersamaan 23/24 Muharram 1423H

Acuan penyambung untuk meninggikan tiang dibuat, begitu juga rangka-rangka besi untuk tetulang membuat tiang ke tingkatan dua. Merujuk diary, kerja-kerja menyambungan tiang ini, mengambil masa 4 hari. Kerja-kerja diteruskan sehingga 1 dan 2 Februari, hari Selasa dan Rabu.

27 Januari 2011

GAMBaR ini diambil pada 27 Januari 2011, Hari KHAMIS bersamaan 22 Muharram 1423H.
Semalamam sahaja simen tiang musolla ini mengering. Kerja utama pada hari ini ialah menanggalkan papan acuan tiang. Kelihatan dirian tiang konkrit tingkat bawah ini berceracak megah. Kerja seterusnya sudah tentu, tiang-tiang ini akan ditinggikan sebagai tulang belakang tingkat dua dan bumbung.