SSAAB


Sekolah Sri Al-Amin Bangi yang terdiri daripada Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bangi dan Sekolah Menengah Sri Al-Amin Bangi merupakan sebuah sekolah agama bersepadu persednirian yang telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bangi telah mula beroperasi di Serdang, Selangor pada tahun 1989. Pada tahun 1997 sekolah ini telah berpindah ke Bangi. Jumalh pelajar semakin meningkat dari tahun ke tahun hasil kesedaran masyarakat tentang perlunya sistem pendidikan berteraskan tauhid untuk anak-anak.

Pada tahun 2011 ini, bilangan pelajar yang menuntut di Sekolah Rendah Sri Al-Amin adalah seramai 693 orang dengan 45 orang guru. Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bangi telah menunjukkan prestasi yang begitu memberangsangkan samada dari segi kecemerlangan akademik mahupun sahsiah murid.

Sekolah Menengah Sri Al-Amin Bangi pula telah mula beroperasi pada awal 1997 sebagai kesinambungan terhadap pendidikan anak-anak di peringkat menengah. Pada tahun 2011 ini bilangan pelajar yang menuntut di Sekolah Menengah Sri Al-Amin Bangi adalah seramai 320 orang dengan 24 orang guru.

Bagi mempersiap anak-anak untuk menjadi pemimpin ummah pada masa hadapan, Sekolah Menengah Sri Al-Amin Bangi juga menyediakan pelbagai program seperti program tarbiyyah yang sistematik, program kepimpinan, dan program kemasyarakatan.