Friday 18 February 2011

7 Februari 2011

FoTO ini diambil bermula Hari Isnin 7 hb Februari 2011/4 hb Rabiul Awal 1423H. KERJA-KERJA MEMBUAT ACUAN BEAM DENGAN MENGGUNAKAN PAPAN. Papan-papan ini diguna semuala beberapa kali...strategi untuk jimat kos.

5-6 Februari 2011


Kerja-kerja pada 5/6 Februari 2011/ 2/3 Rabbiul Awal 1423H, Hari Sabtu dan Ahad.

1-2 Februari 2011



Kerja-kerja kerangka tingkat dua Musolla bermula sebelum sambutan tahun baru Arnab. Gambar ini diambil pada 1/2 Februari 2011. Hari Selasa dan Rabu bersamaan 27/28 Safar 1432H.
Kayu-kayu beluti untuk penyangga, papan-papan untuk buat acuan, rangka-rangka besi keluli untuk kerangka ikatan simen, mula kelihatan bersepahan.

28-29 Januari 2011

Gambar kali ini diambil pada 28/29 Januari 2011 - Hari Sabtu & Ahad, bersamaan 23/24 Muharram 1423H

Acuan penyambung untuk meninggikan tiang dibuat, begitu juga rangka-rangka besi untuk tetulang membuat tiang ke tingkatan dua. Merujuk diary, kerja-kerja menyambungan tiang ini, mengambil masa 4 hari. Kerja-kerja diteruskan sehingga 1 dan 2 Februari, hari Selasa dan Rabu.

27 Januari 2011

GAMBaR ini diambil pada 27 Januari 2011, Hari KHAMIS bersamaan 22 Muharram 1423H.
Semalamam sahaja simen tiang musolla ini mengering. Kerja utama pada hari ini ialah menanggalkan papan acuan tiang. Kelihatan dirian tiang konkrit tingkat bawah ini berceracak megah. Kerja seterusnya sudah tentu, tiang-tiang ini akan ditinggikan sebagai tulang belakang tingkat dua dan bumbung.

26 Januari 2011

ALHAMDULILLAH pada pagi 26 hb Januari, bersamaan 21 Muharram 1423H, cuaca cerah, walaupun awal pagi lembab, akibat hujan lebat petang semalam.

HARI ini, jadual tugas utama adalah membuat tiang musolla. Jentera berat forklift digunakan sekali lagi. Jentera ini disewa, sudah tentulah ia perlu dimanfaatkan seoptima mungkin.

Masyaallah, dalam mmasa setengahari kerja-kerja membuat tiang simen selesai, dengan banatuan jentera imi.

25 Januari 2011


Gambar ini diambil pada 25 Januari 2011, bersamaan 20 Muharam 1432H hari Selasa.

Membuat baju tiang dengan papan ini mengambil masa dua hari. Dengan Tenaga yang agak ramai, membuat acuan tiang dengan papan dapat dilaksanakan dengan baik. Cuaca baik, tanpa hujan dalam beberapa hari ini.


Hari ini pekerja menyiapkan acuan tiang untuk keseluruhan dirian ke tingkat dua musolla, untuk persediaan aktiviti hari esoknya untuk memasukkan simen ke ruang acuan tiang.

Sebelah petang, hujan curah berlaku. lantai dan keseluruhan kawasan dibasuhi dengan air dari langit.. subhanallah

23 Januari 2011

Gambar kali ini dirakamkan pada hari Ahad, 23 Januari 2011, bersamaan 18 Muharram 1423H. Cuaca agak panas pada waktu maksima lembayung suria memancar ke bumi.
Semalaman sahaja simen render lantai kering, pada hari ini pekerja membuat jejaring rangka tiang dengan batang-batang keluli.
Jejaring rangka besi hampir 40 tiang dibuat dengan tangan dalam masa hari. Nampaknya pada hari pekerja di medan agak ramai...sasaran untuk siap dalam satu hari. Esok sasaran membuat acuan tiang dengan papan pula.

22 Januari 2011


Tarikh :22 Januari 2011 bersamaan 17 Muharram 1432 H iaitu pada hari khamis, gambar kali ini dirakamkan.
Kerja-kerja penyimenan lantai tingkat bawah baru sahaja selesai. Kelihatan keaadaan masih basah.
Jentera berat forklift yang digunakan, kerja-kerja penyimenan ini dilakukan dalam beberapa jam sahaja. Bantuan jentera - kerja jadi cepat ..subhanallah.


21 Januari 2011

Foto ini diambil pada 21 Januari 2011, bersamaan 16 Muharram 1423H

KERANGKA Batang-batang besi untuk mengikat simen lantai di seluruh tingkat bawah sempurna dibuat. Kerangka bebatang keluli besi ini, adalah merupakan kerangka yang akan menjadi pendokong ikatan simen render, bagi membentuk lantai musolla- InsyaAllah.



 

Mesyuarat Agung PIBG 20/1/2011--USUL


Mesyuarat Agung PIBG yang berlangsung pada 20 hb Januari 2011, memberikan harapan dengan persetujuan usul untuk kutipan setiap keluarga sebanyak RM500.00. Jangkaan 400orang keluarga yang sudi menyumbang .Diharapkan sasaran untuk mengumpul sebanyak
200K menjadi kenyataan. Ya Allah..Bukalah hati mereka yang perihatin untuk terus menyumbang...dan membeli saham akhirat ini.



Foto ini diambil pada 20 Januari 2011/15 Muharram 1432H. Jelas sekali hari tidak bekerja dengan topi payung tersangkut di ceracak besi tiang. Nampak seperti lapik pelastik yang dibentangkan antara kerangka lantai paras satu.

awal Januari 2011

19 Januari 2011
Foto kali ini, diambil pada hari Rabu, 19 Januari 2011 bersamaan 14 Muharram 1423H.
Batu-batu kerikil, seperti batu granit pecah yang digunakan untuk buat asas jalan raya, digunakan untuk menjadi dasar lantai tingkat satu.
Berlori-lori batu kerikil diangkut untuk memenuhi lantai dalam petak-petak galang beam tingkat satu atau tingkat bawah. Dua hari kerja-kerja mendatarratakan lantai ini dilaksanakan. Esoknya 20 hb Januari,cuti am Hari Thaipusam. dalam dairy catatan merekodkan tiada kerja-kerja pembinaan dilaksakanan.Sempena Cuti, PIBG mengadakan mesyuarat Agung PIBG.



17 Januari 2011
FOTO pada 17 Januari 2011/ 12 Muharram 1423H. Rangka tapak lantai musolla telah dapat dibayangkan. Hari ini juga sebatang pokok acasia jadi mangsa. Ia terpaksa ditebang. Pasangannya telah ditebang awal lagi, semasa kerja-kerja di lapangan tapak.




13 Januari 2011
Pada 13 Januari 2011/8 Muharram 1432H.. Kelihatan jentera berat forklift mengisi simen dalam acuan galang dasar (Beam). Kerja-kerja ini berjalan dalam masa yang singkat sahaja - satu hari sahaja.




10 Januari 2011

Minggu pertama sekolah dibuka -kerja-kerja membuat rangka beam daripada besi-besi keluli dibuat. Gambar ini diambil pada 10 Januari 2011/5 hb Muharram 1432H, menunjukkan pekerja sedang membuat acuan beam.









PERSEKOLAHAN SESI 2011, dibuka pada 3 hb Januari, jumlah murid/pelajar SRIAAB mencecah 1100 orang, manakala pembinaan Musolla di kawasan sekolah, sudah tentu menimbulkan banyak masalah untuk mengekalkan keadaan selamat dan harmoni. Pelajar tahap satu sekolah, perlu diselia untuk tidak bermain dan berada di kawasan pembinaan.

Langkah keselamatan dibincangkan dalam mesyuarat pengurusan penghujung bulan Disember, sebelum sekolah dibuka. Lembaga dan PIBG memainkan peranan penting dalam membantu sekolah, untuk bersedia memulakan sesi persekolahan, tanpa komplain dan tanpa kesulitan.

Dinding melingkungi kawasan pembinaan perlu disediakan oleh kontraktor. Terima kasih kepada pihak kontraktor yang perihatin, sanggup mengeluarkan belanja untuk mengecat dinding luar dengan warna ceria...biru, kuning.

Ppapan tanda keselamatan juga dipaparkan di beberapa kawasan laluan. Semoga tiada kejadian buruk atau masalah kepada anak didik sekolah ini, semasa kerja-kerja pembinaan dilaksanakan.




Foto ini diambil pada 3 hb Januari 2011/28 Muharram 1432H... Hari pertama persekolahan. Hari ini- Isnin dan Selasa, kontraktor diarahkan tidak melaksanakan kerja-kerja pembinaan, untuk memberi ruang agar keadaan persekitaran sekolah agak damai, khususnya untuk menyambut kehadiran ibu bapa yang mengahantar anak-anak mereka bersekolah di tahun satu. Timbunan tanah membukit masih kelihatan buat kali terakhir di tapak musolla pada hari ini.







Disember 2010

27 Disember 2010
FOTO-FOTO yang dirakamkan pada paparan kali ini diambil pada hari Ahad 27 Disember 2010 bersamaan 21 Muharam 1432 Hijrah.
Kerja-kerja menyediakan sebahagian faundation tapak tiang telah dibereskan...keadaan cuaca pada hari ini, cerah - tiada hujan rahmat turun, seperti kebanyakan hari-hari sebelum ini. Malah di negeri-negeri Pantai Timur Malaysia, telah dilaporkan mengalami air melempah..banjir





26 Disember 2010

FOTO yang dirakamkan pada paparan kali ini diambil pada hari Ahad 26 Disember 2010 bersamaan 20 Muharam 1432 Hijrah

Kelihatan semua kekotak acuan daripada papan pada pangkal tiang, telah ditanggalkan. Seterusnya menampakkan tiang-tiang berbentuk empat persegi yang bakal mendukung dirian musolla berdiri dengan kukuhnya nanti, InsyaAllah.

Hari ini, kerja utama yang dijalankan ialah menimbus kembali lubang-lubang tapak asas musolla dengan pecahan-pecahan konkrit, batu bata dan tanah. Yang ketara, timbunan batu bata, daripada runtuhan tembok di sempadan selatan sekolah digunakan.








24 Disember 2010

Gambar foto ini di snap pada tarikh 24 Disember 2010, bersamaan 18 Muharam 1432 Hijrah. Tapak asas tiang yang dibuat pada hari semalam, nampaknya telah kering dan padu. Diperhatikan kerja pembinaan ini dilaksanakan setiap hari.
Kerja bermula seawal pukul 8.00 pagi, setiap hari. Rehat pada pukul 10.30 pagi, dan rehat pada pukul 12.30 tgh. Kerja diteruskan sehingga pukul lima petang.

Kekotak acuan tiang musolla, bermula daripada bahagian tengah tapak asas telah mula dibuat. Batang-batang besi keluli yang menegak ke atas juga kelihatan dibuat.







22 Disember 2010
Foto ini diambil pada 22 Disember 2010 bersamaan 16 Muharam 1432 Hijrah


Ketara sekali setiap tiang disediakan tetapak daripada konkrit simen yang kukuh. Sementelahan binaan dua tingkat, wajarnya mempunyai sanggaan tetapak tiang yang kukuh. Ia terletak kira-kira 6 kaki dalam bumi, sememangnya tidak kelihatan apabila binaan siap digunapakai.

Kondisi tanah bukit yang walaupun nampak lembut, sesungguhnya adalah merupakan `site` yang baik berbanding dengan tanah kawasan lembah, berpaya atau berpasir.

Kerja- kerja penyimenan tetapak tiang nampaknya dapat dilakukan dengan cepat, kerana bantuan daripada forklift dan bancuhan simen siap guna dari kilang.

19 Disember 2010
Foto-foto ini diambil pada 19 Disember 2010/bersamaan 19 Muharam 1432 Hijrah

Kelihatan semua lubang-lubang tapak asas telah didindingkan dengan papan. Di keliling luar kekotak papan disangga pula dengan kayu-kayu beluti, untuk tujuan keteguhan, bagi menampung bacuhan simen yang berat

Tapak dasar kekotak diratakan dengan taburan simen dan pasir-pasir halus..untuk tujuan menahan bancuhan simen membina kekotak tapak asas tiang(footing), tidak bercampur dengan bendasing, khususnya tanah.





17 Disember 2010
Foto-foto ini dirakamkan pada 17 Disember 2010 berssamaan 11 Muharam 1432Hijrah. Semalam 10 Muharam - Hari Asyura...nampaknya pekerja bercuti, tiada nampak pekerja di tapak binaan.





13 Disember 2010
Foto ini diambil pada 13 Disember 2010 bersamaan 7 Muharam 1432 Hijrah






1 Disember 2010

Pada 24 Zulhijjah 1431, bersamaan I Disember 2010, kontraktor telah memulakan kerka-kerja di tapak binaan musolla, setelah garis-garis plan dibumikan dengan garis-garis kayu beluti direntangkan mengikut plan.

Majlis Penyerahan Tapak Musolla

Pada hari ini, 16 November 2010, selepas majlis Hari Takrim SRIAAB, termerailah surat tandatangan serah tapak musolla kepada kontraktor pilihan. Semoga serahjanji yang termetrai dikotajanjikan oleh kontraktor yang ingin bersama melabur saham abadi.
Zuryati Architect, Taman Ukay Perdana, Ampang,Selangor Darul Ehsan. merupakan pelukis pelan yang menyumbang menyediakan plan Musolla.

Puan Ir Nuraini bt Rejab, BBBangi,Selangor Darul Ehsan, yang juga sebagai seorang ibu yang anaknya belajar di SRIAAB, bermurah hati menyumbang dalam penilaian dan pemantauan kerja-kerja Civil.

Manakala syarikat berikut adalah kontraktor yang sanggup mengotakan janji untuk menyiapkan sebuah musolla dua tingkat di tapak pilihan.
MNA Bothers Sdn Bhd
192C Tingkat 1,
Jalan Sungai Putus
41050 KLANG
Selangor Darul Ehsan

November 2010



Kawasan dikenalpasti, seluas kira-kira 6,000 kaki persegi di penjuru selatan Sekolah Sri Al-Amin yang merangkumi keluasan tiga ekar itu, sebagai tapak Musolla.

Tapak yang menjadi saksi kegigihan permuafakatan sukarelawan, menggerakkan silaturrahim, menghubungkan permuafakatan antara PIBG, FASA dan seluruh warga di samping insan yang perihatin dan baik budi.

Tapak yang menjadi saksi kegigihan permuafakatan sukarelawan, menggerakkan silaturrahim, menghubungkan permuafakatan antara PIBG, FASA dan seluruh warga di samping insan yang perihatin dan baik budi.