ALHAMDULILLAH pada pagi 26 hb Januari, bersamaan 21 Muharram 1423H, cuaca cerah, walaupun awal pagi lembab, akibat hujan lebat petang semalam.
HARI ini, jadual tugas utama adalah membuat tiang musolla. Jentera berat forklift digunakan sekali lagi. Jentera ini disewa, sudah tentulah ia perlu dimanfaatkan seoptima mungkin.
Masyaallah, dalam mmasa setengahari kerja-kerja membuat tiang simen selesai, dengan banatuan jentera imi.
Friday, 18 February 2011
25 Januari 2011
Gambar ini diambil pada 25 Januari 2011, bersamaan 20 Muharam 1432H hari Selasa.
Membuat baju tiang dengan papan ini mengambil masa dua hari. Dengan Tenaga yang agak ramai, membuat acuan tiang dengan papan dapat dilaksanakan dengan baik. Cuaca baik, tanpa hujan dalam beberapa hari ini.
Hari ini pekerja menyiapkan acuan tiang untuk keseluruhan dirian ke tingkat dua musolla, untuk persediaan aktiviti hari esoknya untuk memasukkan simen ke ruang acuan tiang.
Sebelah petang, hujan curah berlaku. lantai dan keseluruhan kawasan dibasuhi dengan air dari langit.. subhanallah
23 Januari 2011
Gambar kali ini dirakamkan pada hari Ahad, 23 Januari 2011, bersamaan 18 Muharram 1423H. Cuaca agak panas pada waktu maksima lembayung suria memancar ke bumi.
Semalaman sahaja simen render lantai kering, pada hari ini pekerja membuat jejaring rangka tiang dengan batang-batang keluli.
Jejaring rangka besi hampir 40 tiang dibuat dengan tangan dalam masa hari. Nampaknya pada hari pekerja di medan agak ramai...sasaran untuk siap dalam satu hari. Esok sasaran membuat acuan tiang dengan papan pula.
Semalaman sahaja simen render lantai kering, pada hari ini pekerja membuat jejaring rangka tiang dengan batang-batang keluli.
Jejaring rangka besi hampir 40 tiang dibuat dengan tangan dalam masa hari. Nampaknya pada hari pekerja di medan agak ramai...sasaran untuk siap dalam satu hari. Esok sasaran membuat acuan tiang dengan papan pula.
22 Januari 2011
Tarikh :22 Januari 2011 bersamaan 17 Muharram 1432 H iaitu pada hari khamis, gambar kali ini dirakamkan.
Kerja-kerja penyimenan lantai tingkat bawah baru sahaja selesai. Kelihatan keaadaan masih basah.
Jentera berat forklift yang digunakan, kerja-kerja penyimenan ini dilakukan dalam beberapa jam sahaja. Bantuan jentera - kerja jadi cepat ..subhanallah.
21 Januari 2011
Foto ini diambil pada 21 Januari 2011, bersamaan 16 Muharram 1423H
KERANGKA Batang-batang besi untuk mengikat simen lantai di seluruh tingkat bawah sempurna dibuat. Kerangka bebatang keluli besi ini, adalah merupakan kerangka yang akan menjadi pendokong ikatan simen render, bagi membentuk lantai musolla- InsyaAllah.
Mesyuarat Agung PIBG 20/1/2011--USUL
Mesyuarat Agung PIBG yang berlangsung pada 20 hb Januari 2011, memberikan harapan dengan persetujuan usul untuk kutipan setiap keluarga sebanyak RM500.00. Jangkaan 400orang keluarga yang sudi menyumbang .Diharapkan sasaran untuk mengumpul sebanyak
200K menjadi kenyataan. Ya Allah..Bukalah hati mereka yang perihatin untuk terus menyumbang...dan membeli saham akhirat ini.
Foto ini diambil pada 20 Januari 2011/15 Muharram 1432H. Jelas sekali hari tidak bekerja dengan topi payung tersangkut di ceracak besi tiang. Nampak seperti lapik pelastik yang dibentangkan antara kerangka lantai paras satu.
awal Januari 2011
19 Januari 2011
Foto kali ini, diambil pada hari Rabu, 19 Januari 2011 bersamaan 14 Muharram 1423H.
Batu-batu kerikil, seperti batu granit pecah yang digunakan untuk buat asas jalan raya, digunakan untuk menjadi dasar lantai tingkat satu.
Berlori-lori batu kerikil diangkut untuk memenuhi lantai dalam petak-petak galang beam tingkat satu atau tingkat bawah. Dua hari kerja-kerja mendatarratakan lantai ini dilaksanakan. Esoknya 20 hb Januari,cuti am Hari Thaipusam. dalam dairy catatan merekodkan tiada kerja-kerja pembinaan dilaksakanan.Sempena Cuti, PIBG mengadakan mesyuarat Agung PIBG.
17 Januari 2011
FOTO pada 17 Januari 2011/ 12 Muharram 1423H. Rangka tapak lantai musolla telah dapat dibayangkan. Hari ini juga sebatang pokok acasia jadi mangsa. Ia terpaksa ditebang. Pasangannya telah ditebang awal lagi, semasa kerja-kerja di lapangan tapak.
13 Januari 2011
Pada 13 Januari 2011/8 Muharram 1432H.. Kelihatan jentera berat forklift mengisi simen dalam acuan galang dasar (Beam). Kerja-kerja ini berjalan dalam masa yang singkat sahaja - satu hari sahaja.
10 Januari 2011
Minggu pertama sekolah dibuka -kerja-kerja membuat rangka beam daripada besi-besi keluli dibuat. Gambar ini diambil pada 10 Januari 2011/5 hb Muharram 1432H, menunjukkan pekerja sedang membuat acuan beam.
PERSEKOLAHAN SESI 2011, dibuka pada 3 hb Januari, jumlah murid/pelajar SRIAAB mencecah 1100 orang, manakala pembinaan Musolla di kawasan sekolah, sudah tentu menimbulkan banyak masalah untuk mengekalkan keadaan selamat dan harmoni. Pelajar tahap satu sekolah, perlu diselia untuk tidak bermain dan berada di kawasan pembinaan.
Langkah keselamatan dibincangkan dalam mesyuarat pengurusan penghujung bulan Disember, sebelum sekolah dibuka. Lembaga dan PIBG memainkan peranan penting dalam membantu sekolah, untuk bersedia memulakan sesi persekolahan, tanpa komplain dan tanpa kesulitan.
Dinding melingkungi kawasan pembinaan perlu disediakan oleh kontraktor. Terima kasih kepada pihak kontraktor yang perihatin, sanggup mengeluarkan belanja untuk mengecat dinding luar dengan warna ceria...biru, kuning.
Ppapan tanda keselamatan juga dipaparkan di beberapa kawasan laluan. Semoga tiada kejadian buruk atau masalah kepada anak didik sekolah ini, semasa kerja-kerja pembinaan dilaksanakan.
Foto ini diambil pada 3 hb Januari 2011/28 Muharram 1432H... Hari pertama persekolahan. Hari ini- Isnin dan Selasa, kontraktor diarahkan tidak melaksanakan kerja-kerja pembinaan, untuk memberi ruang agar keadaan persekitaran sekolah agak damai, khususnya untuk menyambut kehadiran ibu bapa yang mengahantar anak-anak mereka bersekolah di tahun satu. Timbunan tanah membukit masih kelihatan buat kali terakhir di tapak musolla pada hari ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)